PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BEHRANG
kegigihan asas kegemilangan insan istimewa
Cari Blog Ini
Ahad, 3 Julai 2011
Selamat Datang Pn. Nor Aziah...
Selamat datang kami ucapkan kepada kak Aziah selaku PPM Sk Behrang....kami semua berharap agar kak Aziah dapat menyesuaikan diri dengan baik dan dapat bekerjasam dengan guru serta murid-murid Sk Behrang....
Ahad, 8 Ogos 2010
Perkhemahan Pendidikan Khas Batang Padang







Pada 23, 24 dan 25 Julai yang lalu telah diadakan aktiviti Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Negeri bagi Daerah Batang Padang. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan melibatkan hampir 50 orang murid Pendidikan Khas bagi seluruh Daerah Batang Padang. Antara aktiviti yang diadakan pada hari perkhemahan adalah Flying Fox, Repelling, Water Confident, Jejak Spora, Ikatan Tali dan Malam Kreatif.
Rabu, 5 Mei 2010
Isnin, 19 April 2010
Sambutan Hari Jadi
kuah tom yam
untuk memulakan majlis
makanan diketuai oleh cikgu Zana
kek hari jadi
Pada 30 Mac 2010 yang lalu, majlis sambutan hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac telah diadakan di kelas pendidikan khas. Antara murid yang diraikan ialah Fariessha, Amri, Aidil, Haidan, Zi, Helmi dan Shahira. Pelbagai jenis makanan telah disajikan antaranya ialah bihun tom yam, kek, kacang dan beberapa jenis kuih yang lain....semua murid amat gembira kerana dapat menyambut hari lahir bersama-sama dengan rakan. Di bawah ini adalah video hari jadi murid...
Selasa, 30 Mac 2010
aktiviti berkebun murid pendidikan khas
ini adalah antara aktiviti yang dijalankan di kelas pendidikan sepanjang tahun 2009. berkebun merupakan salah satu matapelajaran yang perlu dipelajari oleh murid pendidikan khas di sekolah ini. murid-murid dapat belajar cara menanam, menggunakan cangkul, membaja dan menjaga tanaman ketika berada di sekolah.
Langgan:
Ulasan (Atom)



